Berita Terkini

Selasa, 15 Januari 2019

Januari 15, 2019

KISAH ADAB DENGAN GURU


Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.. ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir.. lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.. maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.... kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir.. ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syekh Abdul Qadir suka makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain.. ia akan makan separuh sahaja. Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya... maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini???..

Jawapan si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir???..

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.. wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.. saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama'..

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja.. kalau begitu ambillah anakmu.. maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.. ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang.. bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.. ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul.. maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.... wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula.. tuan didik lah anak saya... ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing... ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu.. maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.. bukan aku tidak mahu menerimanya kembali.. tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.... ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu.. disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU.. maka anak yang menjadi mangsa.. begitulah ADAB dalam menutut ilmu... anak, mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru.... betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.... kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya.. kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu.. maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu...semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita... Aamiin.

Isnin, 14 Januari 2019

Januari 14, 2019

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)


Pengenalan SPZAS Sek Ren & Men
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah ini merupakan inisiatif terbaru Divisyen Pembangunan Asnaf bagi membantu meringankan beban bayaran yuran persekolahan anak khsususnya bagi penduduk negeri Selangor.

Sumbangan ini juga adalah sama seperti sumbangan Bantuan Umum pelajar Sekolah Rendah dan Menengah (BUP) yang telah diwujudkan sejak tahun 1994 lagi.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Operasi Agihan dan juga Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS pada bulan Mei dan Jun 2018.

Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan (B-40) yang lebih bersifat adil.

Objektif SPZAS Sek Ren & Men
🍓 Membantu golongan pendapatan pertengahan dari segi pendidikan dimana golongan ini adalah golongan yang hampir kepada kemiskinan.
🍓 Memberikan sumbangan untuk megurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor.
🍓 Galakan kepada golongan pertengahan untuk membayar zakat selaras dengan bantuan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka.
🍓 Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah dan Menengah

Syarat-syarat Permohonan
🔔 Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://spzasrm.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
🔔 Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
🔑 Beragama Islam
🔑 Warganegara Malaysia
🔑 Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
🔑 Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
🔑 Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00
🔔 Permohonan hanya dibuka untuk tanggungan di peringkat persekolahan seperti berikut:
Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
Sekolah Menengah (umur 13-17 tahun sahaja)
🔔 Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
🔔 Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.
Januari 14, 2019

PELUANG BELAJAR DI TURKI DENGAN BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER & PHD)


Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2019 kini telah dibuka.

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menyambung pelajaran di peringkat Ijazah, Sarjana atau PhD dengan tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan Turki, boleh memohon di laman web www.turkiyeburslari.gov.tr.

Tempoh permohonan: 15 Januari - 20 Februari 2019.

Maklumat lanjut boleh hubungi pihak kedutaan Turki di Malaysia, atau persatuan pelajar Malaysia di Turki (FB: Malaysian Student Association in Turkey - MASAT).

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di bumi Turki yang kaya dengan sejarah dan budaya ketamadunan Islam, di samping berpeluang mendalami percaturan geopolitik antarabangsa.

Rabu, 26 Disember 2018

Disember 26, 2018

PUNCA DONALD TRUMP TUTUP SEBAHAGIAN OPERASI KERAJAAN USA


Dalam ucapan Presiden Amerika Syarikat sempena perayaan Krismas tahun ini (2018), Donald Trump ada menyatakan bahawa kerajaan akan menutup sebahagian operasi beberapa agensi sehingga permintaannya diluluskan pihak kongres. Operasi beberapa agensi telah ditutup pada hari Sabtu dan sehingga kini masih belum dibuka. Permintaan Donald Trump adalah untuk membina tembok atau apa-apa bentuk penghalang yang boleh menyekat kemasukan warga Mexico terutamanya berkaitan dadah.

Trump bercakap selepas persidangan video Hari Krismas dengan pasukan AS yang berkhidmat di luar negara, dan menuntut permintaannya diluluskan sebagai syarat untuk membuka kembali operasi kerajaan.


 
Disember 26, 2018

CARA MUDAH DAPATKAN BUKU A STREET CAT NAMED BOB BACAAN TUN M



Semalam (25 Dec 2018) tular gambar Tun M membaca sebuah buku di halaman rumahnya. Buku bacaan yang bertajuk A STREET CAT NAMED BOB menjadi pilihan Tun M sebagai bacaan di hari cuti Krismas. Tun M memuat naik gambar beliau sedang membaca buku tersebut dengan caption:

I haven’t had the time to catch up on my reading for a while. “A street cat named Bob” - one of my favourite books.
#MalaysiaMembaca



Ramai netizen memberi respon, ada yang memberi respon positif ada juga yang memberi respon negatif. Ramai juga yang bertanyakan di mana untuk mendapatkan buku bacaan Tun M tersebut.

Dengan sedikit carian di Google, buku tersebut boleh di beli di beberapa website terkemuka seperti Amazon.

Beli Di sini: STREET CAT NAMED BOB

Sedikit carian untuk mendapatkan versi downloadable (epub ataupun mobi) file berjaya dan setelah di convert ke pdf saiznya kurang dari 1MB.


Selamat membaca kepada rakyat Malaysia

Selasa, 25 Disember 2018

Disember 25, 2018

6 SEBAB UTAMA PERLU CABUT GIGI DAN PENYEBAB KOMPLIKASINYA


Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang . Menurut Howe(1961) ‘cabutan gigi yang ideal ditakrifkan sebagai satu proses pembuangan keseluruhan gigi atau akar gigi yang tidak menyakitkan, dengan trauma yang minimum ke atas tisu sekelilingnya supaya luka bekas cabutan akan sembuh dengan sempurna’.

Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. Di antaranya adalah:
💡 Kerosakan gigi yang teruk , menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi
💡 Masalah gusi yang teruk , menyebabkan kehilangan tulang sokongan sekeliling gigi yang akhirnya mengakibatkan gigi menjadi longgar.
💡 Jangkitan kuman yang teruk
💡 Kegagalan rawatan kanal akar(rawatan endodontik) walaupun setelah rawatan diulang beberapa kali.
💡 Kecederaan/trauma gigi yang teruk
💡 Bagi tujuan rawatan ortodontik/pendakap gigi (rawatan untuk mengatur susunan gigi), yang mana ada masanya gigi yang sihat, perlu dicabut.

Setiap Gigi mempunyai potensi komplikasi yang berbeza. Setiap prosedur berkemungkinan mempunyai risiko dan komplikasi tersendiri .Kadang-kadang cabutan gigi yang mudah juga boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada pesakit. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada komplikasi cabutan gigi tetapi secara umumnya ramai yang berpendapat komplikasi ini hanya disebabkan oleh keadaan/faktor gigi sahaja.

1. Faktor gigi
📌 Anatomi gigi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan samada gigi berkenaan mudah untuk dicabut/dikeluarkan. Gigi yang mempunyai korona yang terpusing, akar yang bengkok, panjang dan runcing akan menyebabkan gigi tersebut sukar dicabut.
📌 Gigi yang mempunyai tampalan yang besar, gigi yang telah dibuat rawatan kanal akar, rapuh dan yang telah pecah teruk juga sukar/susah untuk dicabut.
📌 Ketebalan dan kekerasan tulang penyokong di sekeliling gigi:Biasanya gigi yang terletak dikawasan tulang yang keras dan tebal sukar untuk dicabut.

2. Faktor pesakit
🔔 Pesakit yang mempunyai masalah perubatan seperti Diabetes Mellitus (kandungan gula yang tinggi dalam badan) atau yang mempunyai sistem imunisasi/pertahanan badan yang lemah. Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan mengalami proses penyembuhan yang lambat dan soket gigi juga mudah mengalami jangkitan kuman. Kadang-kadang jangkitan kuman boleh merebak keseluruhan badan.
🔔 Pesakit yang pernah menjalani rawatan radioterapi pada rahang dan/atau rawatan kemoterapi. Contohnya, untuk rawatan “Nasopharyngeal Carcinoma (kanser hidung). Rahang yang telah terdedah kepada sinar radiasi akan mengalami kekurangan bekalan darah. Oleh sebab itu proses penyembuhan soket menjadi lambat dan tidak sempurna. Soket yang tidak sembuh dalam rahang yang disinar radioterapi dipanggil osteoradionecrosis.
🔔 Kebersihan mulut pesakit – Penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan betul adalah penting semasa tempoh proses penyembuhan. Jika sisa atau serpihan makanan terperangkap di dalam soket, proses penyembuhan akan terganggu.
🔔 Tabiat merokok – Merokok juga akan memberi kesan kepada proses penyembuhan luka. Merokok akan mengurangkan bekalan darah ke kawasan yang terjejas, menyebarkan toksin ke kawasan tersebut dan boleh mencederakan gusi.