Perodua di Malaysia adalah syarikat peneraju pembuat/pemasangan kereta pada ketika ini dengan jumlah jualan kereta yang tinggi berbanding dengan syarikat kereta lain. Model kereta keluaran Perodua seperti Myvi, Alza, Axia dan Bezza mengungguli jalanraya di Malaysia. Ada juga yang memberi kesan negatif seperti pelanggaran kereta Myvi yang dikatakan berlumba di Damansara pada ketika dahulu.
Kebanyakan kereta keluaran Perodua jarang memberikan masalah kepada pengguna/pembeli. Tetapi ada beberapa perkara yang berlaku dan mungkin ia jarang berlaku pada pemilik kereta. Jika anda Google keyword fuel pump myvi problem pun tidak banyak posting berkenaan dengan perkara tersebut, kemungkinan besar part/komponen tersebut memang tidak/kurang rosak ataupun orang tidak memviralkan benda tersebut.
Fuel Pump Myvi yang bermasalah |
Perkara ini terjadi pada kereta Myvi diri sendiri. Tiada tanda-tanda awal untuk kejadian ini berlaku, ia berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana pada pagi sebelum kejadian tersebut elok saja drive ke Shah Alam dan balik semula ke office. Pada mulanya disangkakan adalah masalah bateri sebab alarm seperti tidak berfungsi, kereta kena buka manual dan apabila cucuh kunci dalam ignition tiada apa-apa yang pelik. Bila start hanya cranking saja tetapi kereta tidak hidup.
Setelah bateri ditukar (kopak jugak RM200) keadaan masih sama, cuma alarm sudah kembali pada keadaan asal. Pernah juga kejadian bateri dah kong, bila start memang tiada apa-apa bunyi (tiada cranking pun). Jadi ini mesti masalah lain. Cuba call kengkawan pomen (dalam group Whatsapp) dan beberapa cara dicadangkan untuk mengenalpasti masalah kereta Myvi ini.
Antara cara yang dicadangkan adalah:
1. Check fius dalam kotak fius dalam kawasan enjin dan di bawah dashboard (DONE - OK)
2. Start kalau takda cranking mungkin masalah bateri (DONE - OK)
3. Buka salah satu spark plug, cucuk dengan screw driver, sentuhkan pada mana-mana badan kereta dan cuba start kereta. Cara ini untuk menentukan api ada supply kat spark plug (DONE - OK)
4. Curahkan sedikit minyak petrol ke dalam throttle body dan cuba start kereta. (DONE - kereta hidup buat seketika dan mati semula)
5. Buka hose minyak yang supply ke dalam enjin, On kan kunci (sepatutnya akan keluar sedikit minyak) dan start kereta (DONE - tiada minyak keluar dari hose tersebut pada ketika start kereta.) Pada masa ini sudah suspek masalah adalah dari fuel pump.
6. Sedut minyak dari hujung hose dengan menggunakan mulut ** hati-hati kalau tak pernah buat minta pada yang pakar. (DONE - OK minyak keluar apabila disedut)
7. Ketuk/tendang/gegarkan tangki minyak di bawah seat belakang (takut fuel pump tak function/tersekat) dan start enjin (DONE - kereta tak bole start)
kredit kepada ofismate (Hairozaman) yang banyak membantu menyelesaikan masalah ini
Dengan cara-cara di atas ini menunjukkan bahawa fuel pump adalah masalahnya. Perlu ditukar fuel pump untuk menyelesaikan masalah ini namun harus berhati-hati bila membuat penukaran ini kerana komponen ini jarang rosak dan workshop yang tidak bertanggungjawab akan mengenakan cas yang tinggi.
Harga yang dicadangkan oleh pomen ini adalah hampir RM500, siap pasang (mahal betul!!) jadi cancel dengan pomen ini dan kena cari komponen ini dan pasang sendiri. Survey harga di Lazada/Shopee/11street/Lelong ada satu seller yang sama jual pada harga yang sama dalam semua marketplace yang disebutkan tadi dan harganya pun berpatutan termasuk pos.
Harap-harap posting ini bermanfaat pada pengguna kereta Myvi dan yang seangkatan dengannya.
ok good sharing
BalasPadamGood info..
BalasPadam