Berita Terkini

Jumaat, 21 Disember 2018

ASNB UMUM DIVIDEN TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2018


Pemain-pemain pelaburan ASB sangat menantikan saat pengumuman dividen untuk ASB untuk tahun berakhir 2018. Sebelum itu, urusniaga berkenaan ASN dan ASB telah ditangguhkan pada 21 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019. Dalam tempoh ini tiada sebarang pelaburan tambahan dan pengeluaran dapat dilakukan.

Ia adalah normal bagi setiap pemilik akaun ASN dan ASB pada setiap hujung tahun. Penangguhan ini adalah untuk tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Hanya selepas 2 Januari 2019, urusan niaga berkenaan ASN dan ASB boleh dilakukan semula.

Untuk tahun kewangan berakhir 2018, dividen adalah seperti gambar di bawah ini:


Income Distribution (6.50 sen per unit) + Bonus (0.50 sen per unit)
= Effective Return (7.00 sen per unit)

Ada sedikit penurunan jika dibandingkan dengan dividen yang diberikan pada tahun lepas (2017). Dengan keadaan ekonomi yang lesu ini, kadar dividen ini dianggap agak baik kerana masih berada dalam kadar 7% untuk keseluruhan dividen. Ada yang berpendapat tahun lepas (2017) sepatutnya lebih rendah dari yang diberi, tetapi atas faktor PRU14, kerajaan terdahulu terpaksa memberi dividen yang lebih untuk memenangi hati rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan