Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang . Menurut Howe(1961) ‘cabutan gigi yang ideal ditakrifkan sebagai satu proses pembuangan keseluruhan gigi atau akar gigi yang tidak menyakitkan, dengan trauma yang minimum ke atas tisu sekelilingnya supaya luka bekas cabutan akan sembuh dengan sempurna’.
Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. Di antaranya adalah:
đŸ’¡ Kerosakan gigi yang teruk , menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi
đŸ’¡ Masalah gusi yang teruk , menyebabkan kehilangan tulang sokongan sekeliling gigi yang akhirnya mengakibatkan gigi menjadi longgar.
đŸ’¡ Jangkitan kuman yang teruk
đŸ’¡ Kegagalan rawatan kanal akar(rawatan endodontik) walaupun setelah rawatan diulang beberapa kali.
đŸ’¡ Kecederaan/trauma gigi yang teruk
đŸ’¡ Bagi tujuan rawatan ortodontik/pendakap gigi (rawatan untuk mengatur susunan gigi), yang mana ada masanya gigi yang sihat, perlu dicabut.
Setiap Gigi mempunyai potensi komplikasi yang berbeza. Setiap prosedur berkemungkinan mempunyai risiko dan komplikasi tersendiri .Kadang-kadang cabutan gigi yang mudah juga boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada pesakit. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada komplikasi cabutan gigi tetapi secara umumnya ramai yang berpendapat komplikasi ini hanya disebabkan oleh keadaan/faktor gigi sahaja.
1. Faktor gigi
đŸ“Œ Anatomi gigi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan samada gigi berkenaan mudah untuk dicabut/dikeluarkan. Gigi yang mempunyai korona yang terpusing, akar yang bengkok, panjang dan runcing akan menyebabkan gigi tersebut sukar dicabut.
đŸ“Œ Gigi yang mempunyai tampalan yang besar, gigi yang telah dibuat rawatan kanal akar, rapuh dan yang telah pecah teruk juga sukar/susah untuk dicabut.
đŸ“Œ Ketebalan dan kekerasan tulang penyokong di sekeliling gigi:Biasanya gigi yang terletak dikawasan tulang yang keras dan tebal sukar untuk dicabut.
2. Faktor pesakit
đŸ”” Pesakit yang mempunyai masalah perubatan seperti Diabetes Mellitus (kandungan gula yang tinggi dalam badan) atau yang mempunyai sistem imunisasi/pertahanan badan yang lemah. Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan mengalami proses penyembuhan yang lambat dan soket gigi juga mudah mengalami jangkitan kuman. Kadang-kadang jangkitan kuman boleh merebak keseluruhan badan.
đŸ”” Pesakit yang pernah menjalani rawatan radioterapi pada rahang dan/atau rawatan kemoterapi. Contohnya, untuk rawatan “Nasopharyngeal Carcinoma (kanser hidung). Rahang yang telah terdedah kepada sinar radiasi akan mengalami kekurangan bekalan darah. Oleh sebab itu proses penyembuhan soket menjadi lambat dan tidak sempurna. Soket yang tidak sembuh dalam rahang yang disinar radioterapi dipanggil osteoradionecrosis.
đŸ”” Kebersihan mulut pesakit – Penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan betul adalah penting semasa tempoh proses penyembuhan. Jika sisa atau serpihan makanan terperangkap di dalam soket, proses penyembuhan akan terganggu.
đŸ”” Tabiat merokok – Merokok juga akan memberi kesan kepada proses penyembuhan luka. Merokok akan mengurangkan bekalan darah ke kawasan yang terjejas, menyebarkan toksin ke kawasan tersebut dan boleh mencederakan gusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan