Berita Terkini

Isnin, 14 Januari 2019

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)


Pengenalan SPZAS Sek Ren & Men
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah ini merupakan inisiatif terbaru Divisyen Pembangunan Asnaf bagi membantu meringankan beban bayaran yuran persekolahan anak khsususnya bagi penduduk negeri Selangor.

Sumbangan ini juga adalah sama seperti sumbangan Bantuan Umum pelajar Sekolah Rendah dan Menengah (BUP) yang telah diwujudkan sejak tahun 1994 lagi.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Operasi Agihan dan juga Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS pada bulan Mei dan Jun 2018.

Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan (B-40) yang lebih bersifat adil.

Objektif SPZAS Sek Ren & Men
🍓 Membantu golongan pendapatan pertengahan dari segi pendidikan dimana golongan ini adalah golongan yang hampir kepada kemiskinan.
🍓 Memberikan sumbangan untuk megurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor.
🍓 Galakan kepada golongan pertengahan untuk membayar zakat selaras dengan bantuan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka.
🍓 Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah dan Menengah

Syarat-syarat Permohonan
🔔 Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://spzasrm.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
🔔 Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
🔑 Beragama Islam
🔑 Warganegara Malaysia
🔑 Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
🔑 Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
🔑 Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00
🔔 Permohonan hanya dibuka untuk tanggungan di peringkat persekolahan seperti berikut:
Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
Sekolah Menengah (umur 13-17 tahun sahaja)
🔔 Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
🔔 Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan