Berita Terkini

Jumaat, 21 Disember 2018

14 LANGKAH YANG BETUL MENUKAR FUEL PUMP MYVI


Anda ada mengalami masalah kereta tidak bole start? Anda mungkin rasa ia adalah masalah bateri namun ia adalah sebaliknya. Cara mengenalpasti boleh refer pada entri di bawah ini

BACA SINI : 7 Cara Mengenalpasti Masalah Fuel Pump Myvi

Untuk menukar fuel pump kereta, anda perlu tahu di mana lokasinya terlebih dahulu. Biasanya ia terletak di bawah seat belakang kereta, iaitu dimana terletaknya tangki minyak kereta. Ketika mengalami masalah ini, sudah bertanya kepada beberapa orang (baca: pomen) berkenaan lokasi fuel pump untuk kereta Myvi dan cara untuk menukarnya. Mereka kata perlu turun tangki minyak untuk menukarnya kerana kedudukan fuel pump itu terletak di bahagian atas tangki minyak.

Sebenarnya tidak perlu sampai turun tangki minyak untuk menukar fuel pump, tetapi ia bergantung juga pada kebersihan dalaman tangki minyak itu juga. Kalau dalam tangki minyak sudah kotor/berkeladak, seeloknya terus bersihkan sekali tangki minyak dan kemudian tukar fuel pump.

Untuk menukar fuel pump kereta Myvi, perkara berikut perlu dibuat:
1. Seat belakang boleh diangkat/dibuka dan di bawah seat tu ada cover. Buka seat sebelah kiri sebab kedudukan tangki minyak berada disebelah kiri.
2. Buka cover berhati-hati, ada clip di bahagian belakang seat. Buka elok-elok clip agar ia tidak patah.
3. Ada satu cover plastik warna putih, juga diikat oleh clip, buka berhati-hati juga.
4. Ada satu lubang kecil dan ada socket yang menyambung pada fuel pump didalamnya. Cabut dan alihkan ketepi.
5. Ada satu plate warna kelabu yang dilekatkan pada body kereta, ia sebenarnya boleh dicabut. Tarik perlahan-lahan supaya getah/gamnya tidak jatuh atau kotor. Jaga elok-elok sebab akan digunakan semula ketika memasangnya semula.


Pada ketika ini anda boleh lihat fuel pump diikat oleh skru kecil (ada 8 biji - kalau tak silap la.) Ada dua hose warna hitam (satu besar, satu kecil) yang bersambung ada fuel pump tersebut.

7. Buka skru kecil tersebut menggunakan screwdriver dan letakkan di tempat yang selamat, takut hilang nanti tak boleh pasang semula.
8. Buka clip pada hose besar menggunakan playar, ia agak ketat untuk mengelakkan hose tercabut.
9. Buka kedua-dua hose dan alihkan ketepi.
10. Tarik fuel pump berhati-hati sebab ada getah dibawah fuel pump tersebut, kalau jatuh dah jadi satu hal lain pulak.


Sila dapatkan fuel pump Myvi di workshop berdekatan anda. Untuk kereta saya ini saya beli di Lazada, kalau berminat boleh klik link dibawah

Beli di sini : MASUTA Fuel Pump for Perodua Myvi
Nota: waktu pembelian adalah pada 18 Dec 2018

12. Masukkan fuel pump yang baru berhati-hati, pastikan getah dibawah fuel pump tidak tertinggal atau jatuh ke dalam tangki minyak.
13. Ikat semula skru kecil tadi, pastikan orientation fuel pump pada kedudukan yang betul. Ada guide pada plate di atas fuel pump tersebut.
14. Pasangkan semula plate dan cover mengikut turutan dan jangan lupa clip kan dengan sempurna.

Selepas siap memasang semula fuel pump, anda boleh cuba start kereta anda. Kalau semuanya betul, kereta akan hidup pada cubaan yang pertama. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan