Berita Terkini

Rabu, 26 Disember 2018

Disember 26, 2018

PUNCA DONALD TRUMP TUTUP SEBAHAGIAN OPERASI KERAJAAN USA


Dalam ucapan Presiden Amerika Syarikat sempena perayaan Krismas tahun ini (2018), Donald Trump ada menyatakan bahawa kerajaan akan menutup sebahagian operasi beberapa agensi sehingga permintaannya diluluskan pihak kongres. Operasi beberapa agensi telah ditutup pada hari Sabtu dan sehingga kini masih belum dibuka. Permintaan Donald Trump adalah untuk membina tembok atau apa-apa bentuk penghalang yang boleh menyekat kemasukan warga Mexico terutamanya berkaitan dadah.

Trump bercakap selepas persidangan video Hari Krismas dengan pasukan AS yang berkhidmat di luar negara, dan menuntut permintaannya diluluskan sebagai syarat untuk membuka kembali operasi kerajaan.


 
Disember 26, 2018

CARA MUDAH DAPATKAN BUKU A STREET CAT NAMED BOB BACAAN TUN M



Semalam (25 Dec 2018) tular gambar Tun M membaca sebuah buku di halaman rumahnya. Buku bacaan yang bertajuk A STREET CAT NAMED BOB menjadi pilihan Tun M sebagai bacaan di hari cuti Krismas. Tun M memuat naik gambar beliau sedang membaca buku tersebut dengan caption:

I haven’t had the time to catch up on my reading for a while. “A street cat named Bob” - one of my favourite books.
#MalaysiaMembaca



Ramai netizen memberi respon, ada yang memberi respon positif ada juga yang memberi respon negatif. Ramai juga yang bertanyakan di mana untuk mendapatkan buku bacaan Tun M tersebut.

Dengan sedikit carian di Google, buku tersebut boleh di beli di beberapa website terkemuka seperti Amazon.

Beli Di sini: STREET CAT NAMED BOB

Sedikit carian untuk mendapatkan versi downloadable (epub ataupun mobi) file berjaya dan setelah di convert ke pdf saiznya kurang dari 1MB.


Selamat membaca kepada rakyat Malaysia

Selasa, 25 Disember 2018

Disember 25, 2018

6 SEBAB UTAMA PERLU CABUT GIGI DAN PENYEBAB KOMPLIKASINYA


Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang . Menurut Howe(1961) ‘cabutan gigi yang ideal ditakrifkan sebagai satu proses pembuangan keseluruhan gigi atau akar gigi yang tidak menyakitkan, dengan trauma yang minimum ke atas tisu sekelilingnya supaya luka bekas cabutan akan sembuh dengan sempurna’.

Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. Di antaranya adalah:
💡 Kerosakan gigi yang teruk , menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi
💡 Masalah gusi yang teruk , menyebabkan kehilangan tulang sokongan sekeliling gigi yang akhirnya mengakibatkan gigi menjadi longgar.
💡 Jangkitan kuman yang teruk
💡 Kegagalan rawatan kanal akar(rawatan endodontik) walaupun setelah rawatan diulang beberapa kali.
💡 Kecederaan/trauma gigi yang teruk
💡 Bagi tujuan rawatan ortodontik/pendakap gigi (rawatan untuk mengatur susunan gigi), yang mana ada masanya gigi yang sihat, perlu dicabut.

Setiap Gigi mempunyai potensi komplikasi yang berbeza. Setiap prosedur berkemungkinan mempunyai risiko dan komplikasi tersendiri .Kadang-kadang cabutan gigi yang mudah juga boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada pesakit. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada komplikasi cabutan gigi tetapi secara umumnya ramai yang berpendapat komplikasi ini hanya disebabkan oleh keadaan/faktor gigi sahaja.

1. Faktor gigi
📌 Anatomi gigi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan samada gigi berkenaan mudah untuk dicabut/dikeluarkan. Gigi yang mempunyai korona yang terpusing, akar yang bengkok, panjang dan runcing akan menyebabkan gigi tersebut sukar dicabut.
📌 Gigi yang mempunyai tampalan yang besar, gigi yang telah dibuat rawatan kanal akar, rapuh dan yang telah pecah teruk juga sukar/susah untuk dicabut.
📌 Ketebalan dan kekerasan tulang penyokong di sekeliling gigi:Biasanya gigi yang terletak dikawasan tulang yang keras dan tebal sukar untuk dicabut.

2. Faktor pesakit
🔔 Pesakit yang mempunyai masalah perubatan seperti Diabetes Mellitus (kandungan gula yang tinggi dalam badan) atau yang mempunyai sistem imunisasi/pertahanan badan yang lemah. Pesakit yang menghidapi penyakit ini akan mengalami proses penyembuhan yang lambat dan soket gigi juga mudah mengalami jangkitan kuman. Kadang-kadang jangkitan kuman boleh merebak keseluruhan badan.
🔔 Pesakit yang pernah menjalani rawatan radioterapi pada rahang dan/atau rawatan kemoterapi. Contohnya, untuk rawatan “Nasopharyngeal Carcinoma (kanser hidung). Rahang yang telah terdedah kepada sinar radiasi akan mengalami kekurangan bekalan darah. Oleh sebab itu proses penyembuhan soket menjadi lambat dan tidak sempurna. Soket yang tidak sembuh dalam rahang yang disinar radioterapi dipanggil osteoradionecrosis.
🔔 Kebersihan mulut pesakit – Penting untuk menjaga kebersihan mulut dengan betul adalah penting semasa tempoh proses penyembuhan. Jika sisa atau serpihan makanan terperangkap di dalam soket, proses penyembuhan akan terganggu.
🔔 Tabiat merokok – Merokok juga akan memberi kesan kepada proses penyembuhan luka. Merokok akan mengurangkan bekalan darah ke kawasan yang terjejas, menyebarkan toksin ke kawasan tersebut dan boleh mencederakan gusi.

Isnin, 24 Disember 2018

Disember 24, 2018

ORANG ISLAM USAH MENYIBUK SAMBUT KRISMAS


Ada segelintir dalam kalangan orang Islam yang kelihatan bermudah-mudah meraikan Krismas. Alasan mereka kononnya hanya sebagai menyambut kelahiran Nabi Isa yang dilihat seakan titik temu antara Islam dan Kristian. Untuk itu, kita perlu mencermati beberapa perkara. Antaranya:

⚫ Nabi Isa lahir di pertengahan musim panas, bukan ketika musim sejuk pada 25 Disember seperti dakwaan penganut Kristian yang menyambut Krismas.

⚫ Berdasarkan surah Maryam ayat 25:

ÙˆَÙ‡ُزِّÙŠ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒِ بِجِذْعِ النَّØ®ْÙ„َØ©ِ تُسَاقِØ·ْ عَÙ„َÙŠْÙƒِ رُØ·َبًا جَÙ†ِÙŠًّا

"Dan goncangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu"

⚫ Ayat di atas menggambarkan Siti Maryam diperintah oleh Allah untuk mendapatkan buah kurma yang telah masak sebagai bekalan tenaganya setelah melahirkan Nabi Isa.

⚫ Buah kurma masak ketika musim panas, bukan musim sejuk.

⚫ Bahkan di dalam Bible menceritakan bahawa Nabi Isa dilahirkan ketika musim kambing-kambing meragut rumput, iaitu musim panas. Binatang ternak tidak meragut rumput sewaktu pertengahan musim sejuk ketika salji sedang turun.

⚫ Adapun tanggal 25 Disember adalah warisan kepercayaan Pagan yang menyambut kelahiran Dewa Matahari mereka.

⚫ Bagi umat Islam yang tidak pasal-pasal mahu meraikan Krismas atas alasan kononnya menyambut kelahiran Nabi Isa, mereka perlu sedar akan sejarah ini. Persoalannya, kelahiran siapakah sebenarnya yang mereka sambut?

Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

Ahad, 23 Disember 2018

Disember 23, 2018

HATI AYAM & ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT?


Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam

Jom Pakat Share. Join channel Petua dan Kesihatan di link di bawah ini:

KLIK SINI : PETUA DAN KESIHATAN

Sabtu, 22 Disember 2018

Disember 22, 2018

KHASIAT DAUN KETUM YANG PERLU ANDA TAHU


Berita baik Untuk semua peminat AIR KETUM, Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan Ranking daun ketum anti kanser :

1: daun ketum urat hijau 46.5%
2: daun ketum jenis urat merah 37.6%
3: daun jenis halus 35,4%
4: daun ketum bawal 34.7%
5: daun ketum ekor babi. 32.9%
6: daun ketum ekor kura. 29.8%
7: daun ketum hitam. 23.8%

Tips utama:
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah jus ketum hangat tanpa gula. Penemuan resepi baru dari negara China: bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 helai daun ketum panjang di campur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.

Silakan cek kadar gulanya esok hari,dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan,mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi. Bantu kirimkan berita ini ke semua kenalan anda yg ada masalah diabetis dan darah tinggi. Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh !

Masyarakat Kampung menggunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.

Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Petuanya:
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun sebelum pucuknya. Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas petik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan basuh dengan bersih. Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.

Rebus daun ketum. Jangan rebus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat lagi piau (power). Selepas 2 jam tutup api. Biarkan rebusan tu sejuk dahulu sebelum ditapis. Minum Dan Jangan Berlebihan. Air Ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.

selamat mencuba!

Jom Pakat Share. Join channel Petua dan Kesihatan di link di bawah ini:

KLIK SINI : PETUA DAN KESIHATAN