Berita Terkini

Jumaat, 28 September 2018

Rabu, 26 September 2018

September 26, 2018

RESAH GAJI LAMBAT MASUK


Adham resah mengetuk kekunci komputernya sambil membuka online banking berlogo harimau. Hari ini sudah seminggu gaji yang sepatutnya masuk pada setiap hujung bulan. Tak pernah pula kelewatan sampai macam ni, biasa on time cuma pernah lewat tahun lepas, itupun lewat sehari disebabkan sistem penggajian ada masalah.

Sudah dirujuk pada pihak HR beberapa kali namun jawapan masih sama. Banyak benda nak kena di settle kan untuk meneruskan kehidupan seharian seperti sediakala. Tanggungjawabnya semakin bertambah, maklumlah isterinya berada di wad kerana baru disahkan menghidap kanser tahap 3.

Jika sebelum ini urusan dirumah seperti memasak, menghantar anak sekolah yang 2 orang tidak perlu difikirkan kerana diuruskan oleh isterinya. Sekarang ini semuanya kena dilakukannya sendiri, nak hantar ke transit kena tambah tanggungan bulanan pula, kalau 1 orang dah RM400, kalau 2 orang dah berapa, pening kepala Adham memikirkannya.

Ingatannya kembali kepada rakannya yang selalu mendesaknya untuk mengambil takaful untuk anak dan isterinya. Sudah beberapa kali Rosni mengingatkan malah sehingga dia merasa bosan dengan perkara tersebut. Alasannya selalu adalah tak cukup duit untuk takaful anak dan isterinya. Sebenarnya Adham kurang percaya dengan takaful kerana pihak syarikatnya menanggung segala perbelanjaan perubatan untuk dirinya dan keluarga. Tidak pula dia memeriksa dengan lebih detail penyakit-penyakit yang dicover oleh syarikatnya.

Setelah menghubungi Rosni untuk bertanyakan tentang takaful, Rosni dengan senang hati menerangkan dengan teliti dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Adham. Cuma Rosni agak terkilan kerana tidak dapat menyakinkan Adham sebelum isteri Adham menghidap kanser. Adham telah mengambil takaful untuk dirinya dan 2 orang anaknya sebagai perlindungan untuk masa hadapan.

Selasa, 25 September 2018

September 25, 2018

TAKAFUL UNTUK SURI RUMAH


1️⃣Suri rumah perlu takaful ke?
2️⃣ Suri rumah tak ada gaji, macam mana nak melindungi pendapatan?
3️⃣ Suri rumah tak menyumbang kepada cash inflow, buat apa nak protect diorang dengan takaful?

3 contoh soalan di atas sering ditanya apabila saya mencadangkan untuk menyertai pelan takaful bagi isteri yang tidak bekerja atau stay at home wife.
Sebenarnya Suri Rumah PERLU ada perlindungan takaful kerana mereka juga tunggak keluarga

Walaupun tidak menyumbang kepada kemasukkan wang kepada kewangan keluarga, keberadaan mereka di rumah menguruskan hal keluarga seharian adalah peranan yang besar dalam mengurankan kadar perbelanjaan keluarga di samping menguruskan anak anak sendiri.

Contoh-contoh situasi yang dialami sebelum dan selepas isteri ditimpa musibah (kemalangan, sakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia):

📌 Sebelum; tugas memasak isteri lakukan, suami hanya beli bahan mentah.
📍 Selepas: suami memasak sendiri @ terpaksa membeli makanan siap

📌 Sebelum: tugas membasuh dilakukan oleh isteri
📍 Selepas: menggunakan khidmat dobi sekiranya anak-anak masih kecil dan tidak mampu membantu

📌 Sebelum: anak yang kecil dijaga oleh isteri sendiri.
📍 Selepas: terpaksa mengupah pembantu/ pengasuh atau hantar ke pusat jagaan/ transit

📌 Sebelum: isteri menghantar dan menjemput anak yang bersekolah
📍 Selepas: khidmat van sekolah

📌 Sebelum: isteri uruskan diri sendiri dan anak-anak yang kecil.
📍 Selepas: mengupah penjaga khas menguruskan isteri ( bagi situasi hilang upaya kekal)

Kesemuanya memerlukan khidmat pihak ketiga; dengan kata lain berlaku pertambahan belanja, kerana tidak semua mampu digalas oleh suami dan anak-anak yang tinggal. Mereka perlu bekerja atau belajar, mungkin hanya boleh melakukan di waktu malam atau hari cuti atau mungkin tak dapat membantu.

Jika suami ada meyertai pelan takaful untuk isteri, sekurang kuranya beban menyediakan kewangan yang extra tersebut dapat dikurangkan.

Jom para suami kita mengambil tindakan untuk isteri kita yang tersayang 💖💖

Khamis, 13 September 2018

September 13, 2018

CARA MUDAH DUPLICATE REMOTE CONTROL PERODUA MYVI


💡 Remote control kereta memudahkan anda untuk mengunci dan membuka kenderaan anda.
💡 Selain itu, ia juga dapat membantu memudahkan pengguna yang membawa banyak barang

📌 PERSEDIAAN AWAL:
Beberapa perkara perlu disediakan untuk memudahkan proses duplikasi remote control kereta ini, antaranya adalah:
1. Kunci original/asal dari Perodua
2. Remote control original/asal dari Perodua (Optional)
3. Remote control baru - boleh beli online di Shopee atau Lazada
4. Kereta Perodua Myvi

📍 CARA DUPLICATE REMOTE:
1. Masukkan kunci dalam lubang kunci di tepi bawah stering. Pastikan pintu kereta ditutup, nanti alarm akan berbunyi jika tidak ditutup.
2. Pusingkan kunci ON dan OFF sebanyak 5 kali secara berterusan dan pusingkan kunci pada kedudukan ON. Pada ketika ini lampu LED akan berkelip. Jika pintu kereta dibuka pada ketika ini, alarm akan berbunyi.
3. Tekan salah satu butang pada remote control original dan remote control baru sebanyak 2 kali untuk membolehkan remote diduplikasi. Jika tiada remote control lama, hanya perlu tekan pada remote control baru sahaja.
4. Untuk menamatkan proses duplikasi ini, pusingkan kunci pada kedudukan OFF.

📋 Selamat mencuba. Lepas ni bolehlah buat banyak-banyak remote control kereta anda dengan cara mudah ini.

Khamis, 23 Ogos 2018

Ogos 23, 2018

CARA YANG BETUL UNTUK LOWEREDKAN KERETA



Lowered ini dalam bahasa pengguna kereta adalah keadaan kereta yang rendah dari ketinggian asal (keluaran kilang).

Ada beberapa cara untuk mengukur kadar ketinggian kereta seperti mengukur jarak fender kereta dari jalan, mengukur jarak fender dari center tayar dan mengukur gap antara fender dengan tayar.

Cara yang paling popular adalah mengukur jarak fender dengan tayar kerana ini dapat dilihat secara terus dan hanya menggunakan jari sahaja. Walaupun cara ini 'kurang teknikal' namun ia lebih mudah diaplikasikan.

KENAPA NAK LOWEREDKAN KERETA
Ramai pengguna kereta biasanya yang muda dan berjiwa muda ingin meloweredkan kereta mereka.

Antara tujuan utama adalah supaya kereta mereka kelihatan sporty dan berbeza dengan kereta orang lain keluaran kilang.

Selain itu, sebab utama adalah untuk meningkatkan tahap pemanduan lebih maksimum kerana kebiasaannya kereta lowered dipandu dengan laju.

Jadi bila jalan cornering dan mahu dipandu dengan laju, kereta perlu sedikit rendah supaya kurang rasa 'membuang'.

CARA NAK LOWEREDKAN KERETA
Cara yang mudah untuk loweredkan kereta adalah dengan memasang spring yang lebih rendah dari spring asal keluaran kilang.

Banyak term digunakan untuk spring ini seperti lowered spring, sport spring, performance spring, spring potong, spring bakar hujung dan macam-macam lagi.

Dengan hanya menukar sport spring yang banyak ada dipasaran, kereta akan menjadi lebih rendah/lowered dari yang asal. Antara brand yang popular masa kini di Malaysia adalah 4FLEX, Proride, GAP, APM dan lain-lain lagi.

Ketinggian yang diminati adalah dalam kadar dua jari (gap fender dengan tayar) untuk tayar depan manakala kadar dua setengah jari untuk tayar belakang. Mengapa ada perbezaan antara depan dengan belakang?

Gap tayar belakang perlu tinggi sedikit untuk menampung berat penumpang yang duduk dibelakang selain dari barang yang bakal dimuatkan di bahagian belakang kereta. Gap tayar depan tidak berubah kerana tiada pertambahan berat, hanya berat enjin dan gearbox sahaja dibahagian depan.

MORAL OF THE STORY
Kereta keluaran kilang sudah di test oleh engineer dengan baik, dengan menukar susunan spesifikasi asal perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik.

Tujuan untuk kelihatan lebih sporty tidak harus mengabaikan tahap keselamatan pengguna/pemandu kereta tersebut malah perlu memikirkan keselamatan pemandu kereta dan kenderaan lain di jalanraya.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Ogos 17, 2018

5 PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN BILA MENUKAR ABSORBER / SPRING


💡Setiap kereta perlukan penukaran absorber atau spring bila tiba masanya.
💡Tempoh untuk sesuatu penukaran bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak perjalanan, kondisi jalan yang anda lalui, tempoh masa penggunaan absorber atau spring tersebut dan lain-lain lagi.
💡 Pengetahuan asas untuk penukaran perlu ada sebelum pergi ke workshop atau bengkel yang ada.

PASTIKAN MODEL ABSORBER / SPRING SAMA DENGAN KERETA ANDA
🔔 Ada pelbagai cara untuk membeli absorber atau spring samada belian terus di bengkel, belian online di Lazada/Shopee atau belian di kedai sparepart.
🔔 Kadangkala ada penjual yang kurang pengetahuan tentang barang yang mereka jual, mungkin tersilap barang atau tersilap letak sticker pada kotak.
🔔 Kalau untuk absorber depan, perkara penting adalah pada bahagian bracket yang dipasang pada knuckle dan bracket yang dipasang pada droplink. Satu lagi bahagian penting adalah pada hujung rod yang dipasang pada absorber mounting.
🔔 Kalau untuk absorber belakang, lubang pada rubber bush dan hujung rod perlu sama supaya dapat dipasang pada kereta.
🔔 Dari segi panjang/pendek absorber, ia bergantung pada spesifikasi absorber tersebut samada standard atau performance absorber.
🍓 Untuk spring pula, saiz pada setiap hujung spring adalah penting kerana ia akan dipasang pada spring seat asal.
🍓 Jika bahagian hujung spring saiz luaran sama, ia juga perlu dipastikan yang mana satu bahagian atas dan bawah.

Jika anda kurang yakin boleh berhubung pada seller tersebut untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

CARA PEMASANGAN YANG BETUL
✏️ Kebanyakan untuk absorber depan, telah ditetapkan ada bahagian kiri atau kanan. Ada juga absorber yang sama (common) untuk kedua-dua bahagian.
✏️ Jika absorber dipasang pada bahagian yang salah, adakalanya ia boleh dipasang pada kereta, cuma untuk drop link bracket dgn brake hose bracket tidak dapat dipasang kerana berada pada bahagian yang salah.
✏️ Untuk absorber belakang, kebanyakkannya adalah common dan boleh dipasang pada kedua-dua bahagian. Cuma pastikan ia dipasang dengan betul.

DOUBLE CHECK SEMUA SKRU & NUT DIKETATKAN
📌 Perkara yang penting untuk diperiksa adalah pemasangan skru & nut pada bahagian-bahagian kereta dan tayar.
📌 Jika ada nut & skru yang tidak dipasang dengan ketat, besar kemungkinan akan ada bunyi dan lebih serius lagi bole menyebabkan kemalangan.
📌 Ada pomen yang akan memasang semua skru & nut terlebih dahulu sebelum mengetatkan sekaligus pada hujung pemasangan.
📌 Anda boleh meminta pomen untuk memeriksa tahap keketatan (ada ke perkataan ni) skru & nut dengan menggunakan torque wrench namun jarang ada di semua workshop. 📌 Paling biasa pomen akan menggunakan spannar atau airgun untuk memeriksanya. Ia lebih mudah dan cepat.

PASTIKAN NUT TAYAR DIPASANG DENGAN BETUL
📍 Satu lagi perkara penting adalah cara membuka dan memasang nut pada tayar.
📍 Secara teknikalnya, nut tayar perlu dibuka atau dipasang secara bersilang untuk mengelakkan dari nut rosak.
📍 Selain itu, ia dapat memudahkan proses pemasangan tayar kerana ia dapat dibuka dan dipasang tanpa force tambahan apabila mengikut prosedur yang betul.

BUAT SEMULA CAMBER & ALIGNMENT
📎 Selepas membuka dan memasang semula absorber atau spring, camber & alignment akan 'lari'. Adalah penting untuk menentukan dan memeriksa camber & dan alignment mengikut spesifikasi yang betul.
📎 Antara akibat yang terjadi apabila ia tidak dibuat semula mengikut spesifikasi adalah tayar akan senget dan boleh menyebabkan tayar botak tidak sekata.
📎 Selain itu, stereng akan jadi senget dan mungkin akan bergegar pada kelajuan tertentu. Ini akan menyukarkan pemanduan dan bila tidak fokus pada pemanduan dan melalui jalan beralun atau berlubang, stereng boleh terlepas dari genggaman, ini boleh menyebabkan kemalangan.

MORAL OF THE STORY
📋 Adalah penting untuk menukar absorber atau spring yang sudah rosak. Ini dapat membantu dalam pemanduan dan mendapat keselesaan maksimum
📋 Perkara-perkara yang berkaitan dengan pemasangan absorber perlu diperiksa dan mengikut spesifikasi yang betul untuk mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan.