Lowered ini dalam bahasa pengguna kereta adalah keadaan kereta yang rendah dari ketinggian asal (keluaran kilang).
Ada beberapa cara untuk mengukur kadar ketinggian kereta seperti mengukur jarak fender kereta dari jalan, mengukur jarak fender dari center tayar dan mengukur gap antara fender dengan tayar.
Cara yang paling popular adalah mengukur jarak fender dengan tayar kerana ini dapat dilihat secara terus dan hanya menggunakan jari sahaja. Walaupun cara ini 'kurang teknikal' namun ia lebih mudah diaplikasikan.
KENAPA NAK LOWEREDKAN KERETA
Ramai pengguna kereta biasanya yang muda dan berjiwa muda ingin meloweredkan kereta mereka.
Antara tujuan utama adalah supaya kereta mereka kelihatan sporty dan berbeza dengan kereta orang lain keluaran kilang.
Selain itu, sebab utama adalah untuk meningkatkan tahap pemanduan lebih maksimum kerana kebiasaannya kereta lowered dipandu dengan laju.
Jadi bila jalan cornering dan mahu dipandu dengan laju, kereta perlu sedikit rendah supaya kurang rasa 'membuang'.
CARA NAK LOWEREDKAN KERETA
Cara yang mudah untuk loweredkan kereta adalah dengan memasang spring yang lebih rendah dari spring asal keluaran kilang.
Banyak term digunakan untuk spring ini seperti lowered spring, sport spring, performance spring, spring potong, spring bakar hujung dan macam-macam lagi.
Dengan hanya menukar sport spring yang banyak ada dipasaran, kereta akan menjadi lebih rendah/lowered dari yang asal. Antara brand yang popular masa kini di Malaysia adalah 4FLEX, Proride, GAP, APM dan lain-lain lagi.
Ketinggian yang diminati adalah dalam kadar dua jari (gap fender dengan tayar) untuk tayar depan manakala kadar dua setengah jari untuk tayar belakang. Mengapa ada perbezaan antara depan dengan belakang?
Gap tayar belakang perlu tinggi sedikit untuk menampung berat penumpang yang duduk dibelakang selain dari barang yang bakal dimuatkan di bahagian belakang kereta. Gap tayar depan tidak berubah kerana tiada pertambahan berat, hanya berat enjin dan gearbox sahaja dibahagian depan.
MORAL OF THE STORY
Kereta keluaran kilang sudah di test oleh engineer dengan baik, dengan menukar susunan spesifikasi asal perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik.
Tujuan untuk kelihatan lebih sporty tidak harus mengabaikan tahap keselamatan pengguna/pemandu kereta tersebut malah perlu memikirkan keselamatan pemandu kereta dan kenderaan lain di jalanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan