Berita Terkini

Selasa, 15 Januari 2019

Januari 15, 2019

KISAH ADAB DENGAN GURU


Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.. ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir.. lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.. maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.... kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir.. ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syekh Abdul Qadir suka makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain.. ia akan makan separuh sahaja. Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya... maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini???..

Jawapan si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir???..

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.. wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.. saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama'..

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja.. kalau begitu ambillah anakmu.. maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.. ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang.. bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.. ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul.. maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.... wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula.. tuan didik lah anak saya... ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing... ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu.. maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.. bukan aku tidak mahu menerimanya kembali.. tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.... ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu.. disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU.. maka anak yang menjadi mangsa.. begitulah ADAB dalam menutut ilmu... anak, mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru.... betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.... kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya.. kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu.. maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu...semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita... Aamiin.

Isnin, 14 Januari 2019

Januari 14, 2019

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS)


Pengenalan SPZAS Sek Ren & Men
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah ini merupakan inisiatif terbaru Divisyen Pembangunan Asnaf bagi membantu meringankan beban bayaran yuran persekolahan anak khsususnya bagi penduduk negeri Selangor.

Sumbangan ini juga adalah sama seperti sumbangan Bantuan Umum pelajar Sekolah Rendah dan Menengah (BUP) yang telah diwujudkan sejak tahun 1994 lagi.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Operasi Agihan dan juga Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS pada bulan Mei dan Jun 2018.

Keutamaan diberikan kepada golongan berpendapatan pertengahan (B-40) yang lebih bersifat adil.

Objektif SPZAS Sek Ren & Men
🍓 Membantu golongan pendapatan pertengahan dari segi pendidikan dimana golongan ini adalah golongan yang hampir kepada kemiskinan.
🍓 Memberikan sumbangan untuk megurangkan kos pendidikan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor.
🍓 Galakan kepada golongan pertengahan untuk membayar zakat selaras dengan bantuan agihan zakat juga turut diagihkan kepada mereka.
🍓 Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah dan Menengah

Syarat-syarat Permohonan
🔔 Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari dengan melayari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://spzasrm.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.
🔔 Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
🔑 Beragama Islam
🔑 Warganegara Malaysia
🔑 Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
🔑 Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2019 sahaja)
🔑 Pendapatan seisi rumah melebihi daripada Haddul Kifayah dengan julat lebihan tidak melebihi jumlah maksimum RM3,000.00
🔔 Permohonan hanya dibuka untuk tanggungan di peringkat persekolahan seperti berikut:
Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja)
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7-12 tahun sahaja)
Sekolah Menengah (umur 13-17 tahun sahaja)
🔔 Pengiraan Haddul Kifayah diguna pakai bagi mengira perbandingan pendapatan dan perbelanjaan seisi rumah dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kaedah pengiraan Haddul Kifayah ini juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor.
🔔 Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan ini.
Januari 14, 2019

PELUANG BELAJAR DI TURKI DENGAN BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER & PHD)


Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2019 kini telah dibuka.

Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menyambung pelajaran di peringkat Ijazah, Sarjana atau PhD dengan tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan Turki, boleh memohon di laman web www.turkiyeburslari.gov.tr.

Tempoh permohonan: 15 Januari - 20 Februari 2019.

Maklumat lanjut boleh hubungi pihak kedutaan Turki di Malaysia, atau persatuan pelajar Malaysia di Turki (FB: Malaysian Student Association in Turkey - MASAT).

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di bumi Turki yang kaya dengan sejarah dan budaya ketamadunan Islam, di samping berpeluang mendalami percaturan geopolitik antarabangsa.