Berita Terkini

Jumaat, 21 Disember 2018

9 SYARAT TERIMA REBAT BIL ELEKTRIK RM40


Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun dan peruntukan sebanyak RM80 juta disediakan. Perkara ini ada disebut oleh LGE ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat yang bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera',

Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah seperti berikut:
📌 Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang disenaraikan dalam Sistem eKasih;
📌 Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;
Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
📌 Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
📌 Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
📌 Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
📌 Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018;
📌 Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
📌 Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Anda boleh membuat semakan di Portal MESTECC di link di bawah

Semak disini: Program Rebat Bil Elektrik RM40

Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri/Pejabat Ahli Parlimen/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan