Boleh dikatakan setiap hari ada saja notification dari Google Place berkaitan dengan Poslaju Bangi. Untuk makluman Poslaju Bangi terletak di kawasan Perindustrian Selaman, Bandar Baru Bangi. Ramai yang komplen berkenaan servis yang tidak menghantar bungkusan atau parcel terus ke tangan pelanggan.
Sudahlah tidak menghantar terus, ada juga yang komplen bila check di web Poslaju tracking, nampak ia akan buat delivery, tapi pelanggan tunggu seharian dirumah tiada pula Poslaju datang hantar barang. Lagi syahdu tidak pula ditinggalkan notice/surat/memo tidak dapat hantar, tahu-tahu saja kena check balik di website kena ambil di ofis Poslaju.
Ada yang komplen apa gunanya bayar kos delivery tapi barang tetap kena ambil di ofis Poslaju, tidak sampai di alamat yang tertera di borang poslaju tersebut. Tambahan pula, bila call ke ofis Poslaju, kena tunggu lama untuk panggilan diangkat. Bila sudah diangkat terus diletak tanpa jawapan.
Pernah juga terjadi pada diri sendiri, memo/notis tak sampai di tangan, kena check di website, kena salin tracking number sebagai reference semasa ingin mengambil barang di ofis poslaju. Selepas bagi nombor tracking, tunggulah sehingga dipanggil untuk mengambil barangnya. Namun hampir setengah jam berlalu tanpa apa-apa berita, orang yang datang kemudian pun sudah dapat barang mereka.
Bila tiada orang datang ke kaunter, staff disitu perasan kita dah tunggu lama, ditanya pula
"Encik dah bagi nombor tracking?"
"Saya dah bagi setengah jam yang lalu"
"Boleh encik tulis semula nombor tracking untuk kami cari barangnya?"
Disebabkan nak cepat dan malas nak bersoal jawab, tulislah semula nombor tracking dan tak sampai 5 minit sudah dapat barang yang dicari.
Tiadakah tindakan dari pihak management terhadap komplen-komplen yang semakin 'panas' ini atau tiada staff yang ambil tahu disebabkan ia bukanlah komplen secara rasmi? Harapnya pihak management cakna dengan situasi ini jika benarlah segala komplen ini berlaku kerana ia akan memburukkan nama baik Poslaju itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan