Berita Terkini

Jumaat, 3 Ogos 2018

SEBAB UTAMA PERLU GUNA SPRING SPORT DENGAN ABSORBER PERFORMANCE



💡 Secara amnya kereta keluaran kilang sudah di buat research & development (R&D) berkenaan dengan spesifikasi yang sesuai untuk kegunaan di Malaysia oleh jurutera terlatih dalam bidang mereka.
💡 Setting ini juga telah memenuhi tahap keselamatan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk kenderaan di jalanraya.
💡 Pengguna kereta di Malaysia suka mengubah spesifikasi asal kenderaan dengan tujuan untuk mendapatkan setting yang sesuai dengan pemanduan mereka.

SPRING SPORT DAN KEGUNAANNYA
📌 Secara amnya, kegunaan spring adalah untuk menampung berat kereta. Dalam sebuah kereta ada 4 biji spring, jadi berat kereta secara asasnya dibahagi kepada 4.
📌 Sebagai contoh (kiraan kasar), jika berat kereta adalah 1200kg, maka setiap spring akan menampung berat 300kg.
📌 Bagi spring sport, fungsinya tetap sama untuk menampung berat kereta, cuma tahap ketinggian kereta tu bergantung kepada tahap kekuatan spring yang digunakan.

ABSORBER PERFORMANCE DAN KEGUNAANNYA
📍 Absorber dalam sebuah kereta juga ada 4 biji, biasanya dipasang bersama atau berdekatan dengan spring.
📍 Absorber digunakan sebagai 'pemegang' atau penyambung beberapa bahagian kenderaan. Sebagai contoh, untuk bahagian depan, absorber dipasang pada body kereta menyambungkan bahagian sistem brek dan tayar.
📍 Kegunaan utama absorber adalah untuk menyerap/mengurangkan hentakan atau alunan dari berat kereta yang ditampung oleh spring.

PASANGAN TERBAIK SPRING SPORT DENGAN ABSORBER PERFORMANCE
📎 Pada kebiasannya, spring sport dibuat dengan mengurangkan panjang spring. Anda boleh bandingkan spring asal kereta dengan spring sport.
📎 Namun ada juga spring sport yang panjangnya sama dengan spring asal, ini bergantung kepada design yang telah ditetapkan.
📎 Apabila spring sudah pendek, jika dipasang dengan absorber asal, kemungkinan spring tersebut akan longgar.
📎 Disinilah absorber performance yang dipendekkan berfungsi.
📎 Ada juga absorber performance dipasang dengan spring asal, namun prestasi sebenar tidak dapat dicapai secara maksimum.

MORAL OF THE STORY
📋 Untuk mendapatkan setting dan performance yang sebenar, disarankan untuk memasang spring sport bersama dengan absorber performance.
📋 Bagi yang tak cukup bajet, boleh juga memasang spring sport bersama absorber asal, namun prestasi pemanduan akan berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan